Chartered Accountant Malaysia
CA 44739 dan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA).
Perundingan kewangan, pembiayaan dan perniagaan
Membantu pemilik perniagaan dan individu mencapai matlamat kewangan melalui strategi yang tepat, profesional dan berkesan.
Kelulusan Pinjaman
Kami bantu pelanggan memahami kelayakan, menyediakan dokumen dan memilih strategi pembiayaan yang lebih sesuai.
Tentang Laz Advisory
Laz Advisory ialah firma perundingan yang membantu individu dan pemilik perniagaan membuat keputusan kewangan dengan lebih tersusun. Fokus kami merangkumi Perundingan Perniagaan, Perundingan Pembiayaan dan Penstrukturan Kewangan.
Kami menilai situasi sebenar pelanggan, mengenal pasti peluang penambahbaikan dan mencadangkan strategi yang praktikal supaya proses kewangan terasa lebih jelas, teratur dan boleh dilaksanakan.
Profil Pengasas
Putrie Fathiahtun Sadiah merupakan Chartered Accountant Malaysia (CA 44739) dan pengasas Legasi Anak Zima (LAZ), dengan pengalaman profesional dalam bidang audit, perakaunan, konsultasi pembiayaan perumahan, penstrukturan hutang dan khidmat nasihat kewangan.
Beliau mempunyai pengalaman bekerjasama dengan institusi perbankan, profesional undang-undang dan firma perakaunan dalam membantu individu serta pemilik perniagaan mengukuhkan kedudukan kewangan, meningkatkan pengurusan aliran tunai dan membina penyelesaian kewangan jangka panjang yang lebih tersusun.
Pengalaman beliau turut merangkumi pengendalian kes-kes di seluruh Malaysia termasuk urusan kewangan yang melibatkan Singapura dan Hong Kong.
Pengiktirafan Profesional
Gabungan latar profesional, jaringan strategik dan sumbangan industri membantu Laz Advisory memberi panduan yang lebih menyeluruh.
CA 44739 dan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA).
Menerajui LAZ dengan fokus konsultasi kewangan, pembiayaan dan penstrukturan.
Bekas Senior Mortgage Consultant dengan pengalaman financial profiling dan pembiayaan.
Bekas Senior Account Executive dengan latar perakaunan, audit dan pematuhan.
Penerima 5 Star Agent Recognition, Millionaire Contributor, Notable Networker dan Top Recruiter Recognition.
Jemputan speaker bersama Dr. Sanjay Tolani serta speaker untuk agensi hartanah dan acara kewangan.
Bekerjasama dengan banker, peguam, firma audit dan profesional kewangan.
Pengalaman dalam mortgage advisory, financial restructuring dan financial profiling.
Mengapa Pilih Kami
Kami menggabungkan analisis kewangan, pemahaman dokumen dan strategi pembiayaan supaya keputusan dibuat dengan lebih yakin.
Nasihat disampaikan dengan jelas supaya anda faham risiko, pilihan dan langkah seterusnya.
Setiap cadangan dibina berdasarkan situasi sebenar, bukan jawapan umum.
Daripada semakan awal hingga dokumen dan susulan, proses menjadi lebih tersusun.
Kurangkan percubaan yang tidak perlu melalui analisis awal yang lebih teliti.
DSR, komitmen, tunai, dokumen dan pilihan bank disemak secara praktikal.
Konsultasi boleh diatur mengikut kesesuaian anda, termasuk secara dalam talian.
Perkhidmatan Kami
Perkhidmatan dibina untuk pemilik perniagaan, pembeli rumah, pelanggan refinance dan individu yang mahu menyusun semula kewangan.
Membantu perniagaan berkembang dengan struktur yang betul, pematuhan yang teratur dan pengurusan kewangan yang lebih efektif.
Membantu pelanggan mendapatkan penyelesaian pembiayaan yang sesuai berdasarkan keperluan dan kemampuan kewangan.
Menyusun semula kewangan bagi meningkatkan kelayakan pembiayaan dan kestabilan kewangan jangka panjang.
Ekosistem Strategik Profesional
Kami bekerjasama rapat dengan peguam, firma audit, agensi hartanah, institusi perbankan dan profesional kewangan bagi menyediakan penyelesaian kewangan yang lebih tersusun, praktikal dan berkesan untuk individu serta perniagaan.
Proses Perundingan
Dari mesej pertama hingga susulan pelaksanaan, setiap langkah disusun supaya anda tahu apa yang berlaku seterusnya.
Mula di WhatsAppMulakan perbualan melalui WhatsApp dan kongsikan keperluan utama anda.
Kami semak matlamat, dokumen, pendapatan, komitmen dan kedudukan kewangan.
Anda menerima pilihan langkah yang sesuai untuk pembiayaan, perniagaan atau penstrukturan.
Kami bantu susun tindakan, dokumen dan susulan supaya proses bergerak lancar.
Dokumen & Semakan
Kami membantu anda menyusun dokumen utama dan melihat gambaran kewangan sebelum memilih strategi pembiayaan atau penstrukturan.
Galeri Profesional
Galeri ini memaparkan sebahagian aktiviti konsultasi, seminar, program latihan, pengiktirafan dan acara industri yang berkaitan dengan perjalanan profesional Laz Advisory.
Kisah Kejayaan Pelanggan
Sebahagian maklum balas pelanggan sebenar yang telah mendapatkan khidmat Laz Advisory.
Saya nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih kepada Fathia dan team. Saya tak tahu apa jadi kalau tak ada bantuan daripada LAZ Advisory. Dari awal saya memang tak tahu apa-apa, tetapi team banyak membantu dan membimbing saya dari A sampai Z. Terima kasih kerana memudahkan urusan saya. Semuanya berjalan dengan lancar dan profesional.
Saya pertama kali memohon pinjaman dan tidak menyangka permohonan saya diluluskan sebelum Hari Raya. Dengan bantuan LAZ Advisory, permohonan berjaya diluluskan dan segala urusan diuruskan dengan baik dari awal hingga akhir. Proses sangat lancar dan setiap langkah diterangkan dengan jelas.
Kelajuan proses kelulusan merupakan antara faktor paling penting bagi pelanggan. Pengalaman bersama LAZ Advisory sangat memuaskan kerana proses yang pantas, komunikasi yang baik dan sokongan yang berterusan. Keseluruhan pengalaman sangat profesional dan membantu mengurangkan tekanan sepanjang proses permohonan.
FAQ
Kami akan menyemak pendapatan, komitmen bulanan, DSR, dokumen sokongan, rekod kewangan dan pilihan bank yang berpotensi sesuai dengan profil anda.
Boleh. Kes seperti DSR tinggi, CCRIS, AKPK atau komitmen padat boleh dinilai untuk melihat pilihan penstrukturan yang lebih realistik.
Ya. Laz Advisory membantu pemilik perniagaan menyusun struktur perniagaan, dokumen kewangan, cukai, akaun dan strategi pembiayaan.
Ya. Konsultasi boleh dibuat secara maya atau fizikal mengikut kesesuaian kes dan jadual anda.
Hubungi Laz Advisory Hari Ini
Hantar mesej ringkas melalui WhatsApp dan pasukan kami akan bantu kenal pasti langkah pertama yang sesuai untuk situasi anda.
003506905-D
No. 23-R13,
Jalan Persiaran Aliff 6,
Taman Damansara Aliff,
81200 Johor Bahru,
Johor
36-01,
Jalan Setia Tropika 1/7,
Setia Tropika,
81200 Skudai,
Johor